29 Jan 2013

sprm??ye sprm...

cara2 nk repot kelakuan buruk umat itu..::!! 
 

Kaedah Menyalurkan Maklumat Rasuah.
  1. Datang ke Pejabat SPRM terdekat. Lihat senarai pejabat SPRM.
     
  2. Melalui Sistem Pengurusan Maklumat atau “Complaint Management System”.  Login dan hantar maklumat melalui borang yang ringkas. Klik untuk ke Sistem
     
  3. Menulis E-mel kepada maklumat kepada : info@sprm.gov.my.
     
  4. Menulis surat ke alamat pejabat Ibu Pejabat SPRM atau mana-mana Pejabat SPRM  Lihat senarai alamat pejabat SPRM.
     
  5. Anda juga boleh menghantar faks ke talian 03-8889 4329.
     
  6. Melalui talian bebas tol 1-800-88-6000 Atau talian tetap 03-88867000 / 7545 / 7546
     
  7. Hantarkan SMS ke talian 019-6000696.

     
Panduan memberi maklumat yang berkualiti
  1. Memastikan maklumat yang diberikan adalah dibawah bidang kuasa SPRM. SPRM hanya boleh bertindak ke atas maklumat yang dibawah bidang kuasa SPRM. Ketahui lanjut bidang kuasa SPRM.
     
  2. Memberikan maklumat yang menjurus dan tidak terlalu umum. Kumpulkan maklumat dan sampaikan isi penting seperti:
    • Bila kejadian berlaku (When)
    • Dimana kesalahan dilakukan (Where)
    • Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu (Who)
    • Apa kesalahan yang dilakukan (What)
    • Kenapa kesalahan dilakukan (Why)
    • Bagaimana transaksi rasuah tersebut dilakukan (How)
       
  3. Sertakan nama dan maklumat perhubungan anda. SPRM menerima maklumat dari pemberi maklumat yang tidak dikenali, tetapi adalah lebih baik sekiranya kami dapat menghubungi semula anda bagi membantu kami bertindak dengan cepat dan lancar. SPRM tidak dapat bertindak ke atas banyak maklumat yang tiada maklumat perhubungan. Anda juga boleh mengetahui status maklumat anda melalui Sistem Pengurusan Aduan sekiranya anda menyertakan nama dan maklumat seperti emel atau nombor telefon mudah alih.
     
  4. Jangan khuatir. Anda dilindungi. Pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Ketahui lanjut mengenai Akta-Akta ini.

Pengurusan Maklumat Rasuah di SPRM
  1. Maklumat akan melalui proses saringan bagi mengenalpasti:
    • Maklumat yang berunsur rasuah atau tidak.
    • Maklumat yang boleh diambil tindakan atau tidak.
    • Orang yang ditohmah boleh dikesan/ dikenalpasti atau tidak
       
  2. Selepas proses saringan, maklumat yang terpilih iaitu yang mencukupi dan di bawah bidang kuasa SPRM akan dibentangkan di dalam (JMM) bagi menentukan tindakan lanjut. JMM yang  diadakan setiap hari dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM dan dianggotai oleh Pengarah-Pengarah Bahagian tertentu.

Kenapa Memberi Maklumat
  1. Birokrasi, ketidakadilan, kemusnahan dan berbagai lagi kesan buruk rasuah kepada anda, keluarga anda, masyarakat dan negara. Baca artikel berkaitan.
     
  2. Membantu  mengurangkan ketirisan yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat.
     
  3. Setiap orang wajib melaporkan seperti dinyatakan di dalam ASPRM 2009. Ketahui lanjut mengenai Akta ini.

#tunggu  .....

 

1 comment:

komen sini :) okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...