31 Jan 2012

mahaP~


enTry khas buat nor ekma binti roslan @ nUr Fatin



maaf...
bukan niat untuk terlupa..
bukan juga kerana sengaja 
atau buat- buat lupa..
tapi saya tak ingat..
 saya x ingat tentang tu..
dan juga tentang perkara2 lain
yg sering diperingatkan oleh org lain..
sbb sy mmg seorg pelupa..

maaf kerana itu..
dan terima kasih kerana mengingati saya
serta tentang ikan itu..

*petang kang saya amek kat umah k.aidaa yer...hauhuauhahuauah


en.somi seorg navY


qaseh nur iman tgh main2...
huhuhu...die xpasan ker momy kesygnnyer berdukalara :(
 (T_T)
selalu tu tanyer jer.."ami,.naper??aper uat ami??"
rini endah tak endah jer..
aku pon gatal2 lar btau..
"iman, momy sedey ni.."
bliau jawab tader perasaan "...ok.."
alahaiiiiiiiiiiiii..

arini ari tacingss..
sbb en.somi tade selama 3 hari.en. somi adalah seorg navy a.k.a nelayan laut dalam..
walopon kapalnyer kat yard kerana penyakit dalaman, bliau kene juga sailing memandangkan bliau kene penuhi permintaan Pegawai Memerintah..
( mata tgk atas tgn bengkok ke bahu))...
* pegawai memerintah tau????allaaaa...mcm guru beso kat skola la.. :p
yard???? yard tu hospital untuk kapal..>>betol ker spelling tu?kikikik

pelik plak kan kapal kat yard tp sailing???huhu..gini..gini..
bliau menumpang kapal KD Jebat utk kali ni..kemana????jamaica gamaknyer..
huahuahuahua.....teman xtau yobbb~~!seme rahsia gomen ..

camnilar aku kalo kene tinggal dek somi :(
huhuhu...ngan saper aku nak berdebat??saper?saper?qaseh nur iman?..huhuh..gentilar die je menang..
saper nk watkan milo es??.huhu,..untuk pengetahuan..aku ialah pengGIAN milo es buatan en.somi...

klar..sambg nanti....sedeh ni :(



30 Jan 2012

EnglisH HomE styLe


oh~kegilaan saya skrg adalah mendeco..
saya sedang sgt menyukai hiasan rumah bertemakan inggeris moden.
mmg rumah sy hanyalah rumah kerajaan.
namun, sy akan sedaya upaya berusaha ke arah keinginan itu...huauahauahauahu..

sy telah memulakannya sedikit..
salah satu kebinet milik kerajaan pun telah saya cat menjadi putih..weee...
en.somi kater, jika kami berpindah..insyaAllah perabot itu perlu dicat semula..wakakakaka..



bantal itu..oh~~gojes

sy akan cueba buat seperti ini..tp ini terlalu padat..


da akan memiliki ini suatu hari nanti...InsyaAllah.. :)
((tgu sy pindah rumah sendiri))...hihihi


oohh~~gojessss


sy xkan beli semuanay seperti diatas..
sbb rumah sekarang pon sy da rasa sempit..kikikiki

moNday blueS

again n again!
isnin yg mentidak gembirakan si pemilik hati,...hihi
senin la aku saalu liat nk g kejer...
maklumlah, 2 hari mengulit anak tersayang..hahaha...
pg td en.somi antakan iman g umah amak..

((*amak ialah namer maner pengasuh iman))hihihi
ooHH~bkn nk itu yg aku nk critekan..

dari kat opis siang td, aku dok sebok ngedit blog aku ni..huhu..naik runsing aku sbb xjd2 aku edit layoutnyer sehinggalah gayahku tlg hulur bantuan saat aku da mula fedup..hahaha

so..try punyer try punyer try...suksess gak akhirnyer..
yg failed cumer aku xjd2 nk wat border kat post body n sidebar..huuhuh
saper yg sudi hulur bantuan??
anda dialu2kan....

29 Jan 2012

naNonano....

yeyyYYYyY~~!!


AJL suda tammat...pemenang pon da diketaui..
tahniah untuk hafiz yg da jd juara..
persembahannyer sempoi jer xpakai sipor, pkai round neck, suar tracksuit and xpayah sikat rambut...patot buh taik lalat phua chu kang 1 kat dagu tu lg comel.hahaha..pon buleh menang..


sore die mmg best..bwk lagu m.nasir bilal khan plak..

KASIHKU KASIH TIADA BANDING...SETIA TIADA TARA..
(suamiku...aku cinta kamu sampai habis nafas)

tapilar, aku raser yg sebab lagu ni femes sampai g final AJL ialah JOHAN Jozan maser maharaja lawak..hahhaa...
pasni kembang lagi johan ngan keterreran adiknyer si Hafiz tu :)
johan nyanyi lagu tu tau...comey jer..

tp frust la gak kan lagu kesukaan aku xmenang..


 SUNGAI LUI..
aku admire lagu ni..raser tenang n cool ngan muzik intro die..
rezeki aizat kat lain gamaknyer...

sanD ArT


dari dulu lagi aku suker ngan aper jenis art pon..kecuali martial art..hahah..lagi abstrak lg kau suke...
gune pensil 2b pon mcm2 kiter boley buat.gune lilin, gune kulit kacang n gune lidi penyapu, kalau seni di hujung jari...insyaAllah menarik hasilnya..

da lamer aku usha2 seni lukis dr pasir ni...tp stakat tgk jelar...tpt ry nyer idok..skali sekala g pantai teluk batik tu, ader gak main pasir..tapi jap jer...panas!!hihihi..

kat atas tu salah satu sand art...SEE~!!hanyun lembut jer tangan tu da boleh jd..tinggi betol bakat die..nak buat cam kat atas tu kene la atas sekeping board yg licin..kalu board menggerutu, x jd gitu...


kat bawah ni ader contoh2 sand art yg tinggi hasil kerja tgn mereka..


 ni pada aku senang lg nak buat ni..



oh...tidak mungkin yg ni semudah disangka...silap2 nk bersin pon kene tahan jer..hahah



ni biaser aku tgk kat pasaraya2 besar..



tabik spring kat yg buat ni...TOING2!!!~~



ni tgh tgk AJL..maser aizat perfome td ader sand art..best2!!..


Kejadian aneh tapi benar




BATU PAHAT – Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. 


Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.
Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.
Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.
Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.


“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.
“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.
Kain batik lepas terbentang sendiri
Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.


Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.
“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.
“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.


“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.
Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.
Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.

~sesungguhnya solat itu tiang agama dan wajib ditunaikan~

27 Jan 2012

pengubat sang hati :)


" wasiat pertama Hassan Al-Banna wajar dihayati iaitu bersegera menunaikan solat apabila mendengar azan dalam apa jua keadaan. Solat bukan hanya gerak badan dan fizikal sahaja, tetapi hendaklah dengan ikhlas dan bawalah hati untuk turut serta agar kelazatannya dapat dirasa. Menurut wasiatnya lagi, muslim juga tidak seharusnya mendahulukan kerja-kerja lain dari solat. Usah berlengah mengerjakan solat kerana keistimewaan solat tiada tandingannya.

Solat merupakan sumber kejayaan. Allah SWT berfirman maksudnya “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solat” (Surah Al-Mukminun: 1-2). Sukar sungguh diri ini untuk mendapatkan khusyuk dalam solat. Tertib dan persediaan sebelum solat amatlah penting, sumber rezki perlu dijaga, penyakit hati patut disingkir dan perbuatan maksiat perlu dijauhi. Hadirkan diri, serahkan diri dan tumpukan sepenuhnya untuk bertemu Ilahi. Lupakanlah seketika urusan dunia kerana kita ingin bersama Yang Maha Agung, Maha Berkuasa dan Maha Pencipta. Moga khusyuk dalam solat menjadi milik kita.

Sesungguhnya solat juga dapat memelihara kita daripada penyelewengan dan perlakuan maksiat. Firman Allah SWT maksudnya “ Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut: 45). Benar sekali, solat dengan penghayatan yang sepenuhnya akan dapat memelihara kita daripada melakukan perbuatan yang Allah murka sekiranya kita menghayati , mengamalkan dan mengambil pengajaran daripada segala apa yang dibaca dalam solat. Setiap waktu kita bersolat kita bersaksi dengan Allah SWT “ Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semata-mata”. Demikianlah janji yang kita lafazkan yang tidak sepatutnya kita lalai dan lupa kerana kemurkaan Allah amat kita takuti. Sebenarnya sebagai manusia, kadang kala saya kecewa dengan diri sendiri disebabkan sifat lalai dan mudah lupa yang menguasaai diri. Justeru itulah kita perlu saling ingat mengingati kerana lemahnya diri terutamanya apabila diuji dengan kesenangan, kekayaan dan kemewahan. Moga Allah jauhkan diri kita daripada mudah lupa kerana yang dimiliki sebenarnya bukan hak milik mutlak kita.

Keistimewaan solat cukup hebat kerana tatkala itulah kita benar-benar berserah diri kepada Allah, menadah tangan dan berdoa memohon pertolongan dan keampunan. Solat merupakan pertolongan yang besar bagi orang yang melaksanakannya kerana ia merupakan sumber kekuatan dalam menghadapi ujian dan cabaran. Solat yang penuh khusyuk juga menjelmakan dalam diri seribu kebaikan termasuk sifat sabar dan redha dengan segala yang Allah takdirkan. Resah gelisah dalam diri dapat dihapuskan, serta ketenangan dan kesejahteraan hidup dapat dinikmati kerana setiap ujian yang menimpa dianggap sebagai ujian Allah untuk meningkatkan darjah keimanan kita. Firman Allah SWT yang bermaksud “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah:153).

Anda dan saya, marilah kita bersama-sama meletakkan keyakinan terhadap segala janji Allah Yang Maha Esa. Syurga Allah benar, Neraka Allah juga benar dan kematian itu satu yang pasti. Usah kita bertangguh lagi, segerakan bersolat apabila masuk waktu apatah lagi apabila laungan azan kedengaran di telinga. Kita perlu saling ingat mengingati, supaya tidak lalai dan leka dengan urusan sehari-hari hingga menjauhkan diri kita daripada Ilahi. Moga Allah satukan hati-hati kita agar berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. Mudah-mudah diri kita di bawah peliharaan Allah sentiasa. Amin…"

saya petik teks diatas dari sini yang akan saya ingat sampai bila-bila..


tentang semalam..

tentang semalam yg sgt menyebabkan aku menggigil menahan
amarah~~!!kecewa apabila aku dan kwn2 dept aku dikatakan xbuat keje..ambooii!!makan tanah ni kang..hangpa berdua yg kaki melingkup..dok kater kaami xbuat keje!..lahabau...!!
mak bapak xajor gamaknyer cara2 nk susun kate.
kalu cara bergurau xper..ni cara SGTLA BODOH.

oh ye..BODO LAMER XABES LG DTG PLAK BODO BARU..tahniah whai puan2 penyelia.

(nasib kami baik sikit sbb ader 1 lg oc yg baik hati)..time kasih pn. prebet jamilah.. :)




semenyer terjadi kat opis aku yg xsebesar maner tp ader seketol dua yg besar kelapa..
yg aku maksudkan seketul dua tu ialah 'berpangkat 1 paku' dan mempunyai teknik pengipasan terbaik dr ladang dan laut dalam..aku rase ekon LG yg ader penapis udara tu pun xsetanding 'berpangkat 1 paku' tu..ekon tu pon lg bgus la sbb ader penapis kan??yg 'berpangkat 1 paku' tu lgsung xder ciri2 yg bagus selain ciri2 upin ipin..

aku percaya maner2 opis gomen pon akan ader jd tukang kipas. jawatan ini xperlu dilantik ok.

('berpangkat 1 paku dlm jabatan imigresen tidaklah seGAH maner jika nk dibandingkan ngn polis @ ATM dan yg patot korg tahu..nurse pon lg tggi gred dr itu)
korang juga patot tahu si 'berpangkat 1 paku' adalah menandakan kelayakan mereka memegang jawatan tersebut selain drpd pengalaman luas yg sedikit sebaaaaanyak akan membantu mereka membuat keputusan.

sememangnye la bile da jd org ats, mesti ader officer bwhankn??...
tp depa ni langsung xder ciri2 pemimpin yg bagus dan perlu dihormati..sgtla x profesional sampai bule merajuk dgn bos cam knk2 ribena x matang ..aku jd pelik~~!!
aku keje ngn org dewasa ke anak2 sebaya upin ipin..
ader beberapa perkara dan ayat yg membuat aku beserta Bagi Pihak kwn2 aku kat dept tu, nak bg kaki kat diorg~

ekceli

korg penah dgr ayat camni .:
1/ nanti kalo sukses seme dapat namer!!kalu xsukses, kite jer yg kene bambu ni, kak":...
2/ seme kerje pon kite nk kene buat kak...!!
3/ dulu zaman saya semer lengkap..lani xtau la...
4/ asek dok sembang saja..keje xbuat!!

diatas itu cumer contoh2 ayat yg naik jelak aku dgr kat dept aku tu..
bidaah semata2...baca boley...tp xpyhla nk percaya 4 ayat kat ats tu..sebabnyer???? meh nk explain..

1/---kiter jer yg kene bambu : silap byk yer disitu...
biasernyer depa ni suker ckp terbalik n masuk bakul angkat sendiri..

2/---haramjadah : bukan semer okie...masing2 pon ader keje jd masing2 buat keje masing...(keje depa pon ader kaami yg buat tp depa ngaku depa punyer hasil penat lelah .fair la kan..depa ni berkira kejer sikit.nak selamatkan diri sendiri jer.sedangkan depa cumer nk menikam satu sama lain tanpa mereka sedar tentang persaingan itu...

3/--- tahik kucing pon lg wangi dr mulut diorg.seme nk ngaku die best..PEGI MAM***!!!dasar mulut busuk..

4/---kami sembang sambil wat keje ok...tp depa xnampak.sedangkan depa sembang sambil tonggeng2, sembang kat bwh pokok sambil makan2 pd pukul 4 ptg-4.53 ptg (sepatotnyer staff gomen kene ader dlm opis kan waktu itu???hahaha...teruk betol prangai depa ni!!

perasan comel biler seme perkara nk samer.botol air, beg galas, sipor jepon, henpon,tdg, pen...suor.!OMG...hangpa ingt hangpa comey!ee..plissssssss...
org lain xmacam hangpa pon...hangpa jer yg over..beruntungla hangpa keje kat opis kecit ni, ce g keje opis besaau ckit...xder pon yg pandg korg ngn paku tu...huhuh..





okie.
jujurnya, lagi besar pgkat g besar amanah yg perlu kita pikul dgn amanah dan tanggungjawab. bukan semata2 kerana gaji yang besar. rasanya kita x perlu nk jd tukang kipas dan tukang cucuk utk menjatuhkan org lain demi kepentingan sendiri.

26 Jan 2012

kerana sepinggan sizzling mee..~


td gerak2 khas ngn boss 'prebet jamilah'...pn.pes, umi naufal..cam biaserla ronda2 cari rakyat bukan tempatan..hihih...ader seketol dua la..
da jemu, kitorg caucincau...letih berdiri cam org2 kat sawah..

sampai opis trus aku g melingkup ngn pn.pes ke tesco~~
tujuan...??nk riki rege tepon beriHitam ngan mencari beberapa suap makanan untuk incik perot ..

riki da abes....insyAAllah aku xbeli la beriHitam tu..sbb aku xberkenan..pakai jelar 3310 ni sampai lebam~hihihi..pastu, g cari makanan kat foodcourt :)
pn. pes hasut aku mkn sizzling...hati aku berbelah bagi nk mkn nc ayam. tgk2 bliau da ode~!
aku jeles tgk bliau~~
(terliur tgk kuah yg mendidih2 kuah piring pns tu...))ihhihih


penangannyer, 

aku ngantuk..bkn tahap cam paus terdampar..tp dan mcm tempe!!!!

hihihi...

jeniS2 heaDaChe :(

korang penah sakit kepala? saper xpenah meh aku luku sikit paler tu nk bg raser sakit
....hihihihih  (nampk beno nipunyer kalo xpnh sakit pale))

ni ader sikit info tentang beberapa jenis sakit kepala...




Sakit kepala disebabkan stress.

• Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.
• Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di
antara serangan. Walaubagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah.
• Menyerang pada bila-bila masa.
• Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.


Sakit Kepala Migrain

• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
• Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
• Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jan atau lebih lama.
• Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
• Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.
• Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migraine


Sakit Kepala Bertumpu

• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal
lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
• Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
• Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. 
• Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
• Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.


Keradangan Sinus (Resdung)

• Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pangliran lender berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks) 
• Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
• Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.
• Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
• Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas.
• Mempunyai sejarah ‘demam hay’ (rhinitis alergik) dan alahan.


Arteritis Temporal

• Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun
• Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitive (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang.
• Penglihatan terganggu 
• Sakit-sakit pada seluruh badan.
• Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejap-sekejap.
• Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang 
• Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasa perubatan - pesakit perlu dirawat dihospital dengan segera

25 Jan 2012

harith iskandar n hiS wife..

oh noo~~...nothing to say..


harith iskandar dan isteri

its not good...it just nice if his wife wearing a "mom" clothes...
terlalu terbuka mindanya....
((thumbs down))

iNDahnya PersaHabatAn



Persahabatan memang sangat indah, banyak terdapat kenangan manis di dalamnya. Sahabat juga sangat berharga, hidup tanpa sahabat mungkin rasanya seperti hidup di perahu kecil tanpa enjin, tanpa layar yang terapung di tengah lautan. 


Lalu bagaimana saat seorang sahabat yang benar-benar kita percaya tiba-tiba sanggup mengkhianati kita? melupakan kita?meminggirkan kita?Apa yang patot kita buat? Saat kita sudah percaya penuh dengannya, saat kita sudah merasa sahabat itu satu per sepuluh mengenai diri kita..tetapi apabila masa menginjak,kita seolah2 bukan sesiapa padanya. oke~berserah!! adilkah??


Hati berbisik ​​saya baru kehilangan seorang sahabat, oh bukan. dia saya anggap seorang saudara sendiri. Dia adalah seorang yang saya kenal bukan sejak lama dulu tetapi terbit rasa serasi apabila berteman. Banyak hal-hal menarik yang telah menjadi kenangan. Saling membantu, saling mengingatkan, saling memberi maklumat, saling berkongsi pelbagainya


Namun saya tersedar atau adakah hanya mainan perasaan yg merisaukan?? jika betul tiada lagi rasa sahabat, apakah daya saya? mungkin saya adalah perkara yg perlu dibencinya ? mungkin kerana sikap saya yg kerap ketawa?oh~saya tidak tahu. jika betul,.. DUHAI HATI, bantulah mulut berterus terang kepada sahabat, betapa saya gembira melihat senyuman org2 yg melengkapi hidup saya tatkala hampir tiap detik saya merindui emakabah..DUHAI MULUT..mengapa tak berdaya??


... sejak dulu tentang sifatnya ini, sebagai seorang sahabat kita harus tahu kan sifat-sifat masing-masing....

huiiyyy......cam buruh kasar..!

oohhh~~really exhaust :)...
aku suker sgt ngn cuti sabtu ahad and cuti2 umum yg gomen bg slaain cuti rehat yg aku apply seniri..
sbb???? boley bertenang2 ngan qaseh nur iman n en.somi di rumah terchenta dan di tesco...EH~~miahahahahha

tapi biler jer masuk kejer balik makanyer bertimbun2 dan bertindan2 la keje...tapi biasernyer kalu aku byk kejer aku akan membabitkan dan menyusahkan kekwnan yg lain..senang samer senang susah samer susah yer t?hahaha..yg kebiasaan jd mangse aaku sampai bliau pon da xheran ialah pn.pesiden...

al-maklomla bliau PITKR, aku plak PITKN..hahaha....aper itu????biarlah menjadi rahsie yg tersemat di lubuk hati kami.. :):):)

walopon arini keje 'multitasking'..tp sonot sgt..xder la stress2 sgt...pg2 lagi aku da merepek meraban ngn amin husin lempoyang tu..HANGIN aku ngn kepetahan mulut die berdebat..
niat dlm hati nk jer aku tampal mulut die ngn double sided tape jenama 3M..kikikiki..


pakcik tua ni lg encem dr amin husin lempoyang..hahahah

24 Jan 2012

RIBUT MAGNETIK



td tengah hari aku dok layan buletin 1.30 kat tv3..tibe2 aku jd terperanjat dgr tentg satu berita yg pd aku kali pertama aku mendengarnya...

apakah dia??

iaitu RIBUT MAGNETIK

dgr sahaja tentg itu, mcm2 perkara yg terlintas kat fikiran aku terutamanya berkaitn akhir zaman..aku jd cuak..betol!!aku insan yg sgt lemah dgn iman senipis kulit bwg..aku menjadi sgt takut...ALLAHUAKBAR...

disini ader serba sedikit tentang ribut magnetik..

 Ribut magnet yang akan melanda bumi ni dijangka paling teruk sejak 6 tahun ini. End Of World? Tak tak, ribut magnet walaupun bunyi menakutkan, tapi kesannya takdelah sebegitu besar jika berlaku dalam skala kecil

Tapi dijangka, yang akan melanda bumi ni berskala 2 hingga 3 ( 1 hingga 5, 5 paling teruk)


Macam mana terjadi?


Pada ahad lepas, (22 Januari 2012) letupan kuat telah berlaku di matahari dan ia membebaskan zarah solar yang berkuasa sungguh besar dan laju – lebih kurang 5juta km per jam (2000 km per saat) yang mana ia adalah 5 kali lebih laju dari yang biasa dan zarah solar ini akan melanda bumi pada hari selasa hingga rabu ini. Ya, hari ini!

Apabila ia melanda bumi, ia akan mengganggu medan magnet bumi. Jika ia cukup besar, ia memang akan memberi banyak masalah kepada kita


Apakah kesannya?



Sistem radio berfrekuensi tinggi memang akan terjejas dengan ribut magnet ni. Kapal terbang terutamanya akan mengalami masalah dalam sistem navigasi. Bagi negara yang mempunyai sistem grid elektrik yang panjang-panjang (sejauh lebih 1km, china terutamanya) sistem ini akan terjejas dan kemungkinan akan menyebabkan kerosakan jika ribut magnet ini terlalu kuat

Sebagai contoh, pada tahun 1921 beratus-ratus transformer dan sistem grid musnah dan menyebabkan lebih 130 juta manusia terpaksa tinggal dalam gelap. Jumlah kerugian mencecah billion us dolar. Memang teruk jika tiada langkah pencegahan


Meminimumkan kesan

Untuk mengelakkan kerugian, ada banyak benda boleh dibuat. Contohnya menutup terus sistem grid ini untuk mengelah induce current berlaku. Mungkin tempat yang dilanda ribut magnet ini akan bergelap untuk seketika. Ia perlu dari bergelap sehingga berbulan-bulan kan?


Kat Malaysia?

Sebab kita menggunakan sistem grid yang pendek, mungkin kesannya tidak dapat dirasa. Tapi jika ribut magnet ini terlampau kuat, tiba-tiba takde api bagai, jangan panik sebab ia hanyalah kesan sementara...



ok...faham? moga2 semuanaya dipelihara.

19 Jan 2012

amanah yang dikhianati

assalamualaikum..

ader benda yg aku nk share rini..
pg2 lg kat opis aku da bace harian metro online...
pg2 jugak hati da panas....


hangin tauuuu~!! ader ker saper2 yg ader anak, pastu anto anak kat taska pastu anto free ,x bayo aper2??ader??aderrrr??
mustahil...mustahil..mussstahill......
aci kerat jari kalo ader parent yg anto anak kat taska atau bby sitter tanpa bayaran..
nmpak sgt keberhemahan ((ader ke ayat ni??) ditahap buku lali sahaja..

oke~~biler kiter da bayar, kiter akan mengharapkan si pengasuh yg dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak kiter tu, menjaga anak kiter sebaik mungkin dan seadanya..kalu boleh sihat maser kiter anto, gitu jugaklah maser ambik..

jgnla sbb yg dijaga tu bukan darah daging seniri, jaga 'anak orang' tu pun acuh x acuh...ACUH X ACUH yg aku maksudkan tu, biler budk2 yg xtau aper tu cedera n paling teruk skali sehingga memudaratkan dan mengakibatkan kematian..hutang bole bayo beb!! nyawa????....belum tentu bateri energizer 4 juta biji boley ganti tauuu....
da tau nk bukak taska, amekla pekerja yg ader pengalaman...xpanas baran, xgiler hp mahupun xgiler fb..HAiiHH~~
ni kalo amek lepasan spm yg sekadar mengisi jawatan kosong tp xtau pgg amanah, bek bukak kelas zapin ....yer x??huhhu..
siannla bebudak tu.....
bwh ni ader beberapa keping gambo yg aku dpt maser jenjln kat blog td...






seme tido..kene pakse mkn ubat batok gamaknyer....



kebanyakannyer tido dengan muker berbungkus..ehh????pengasuh juling air ker bute sampai XNMPAK nk bukak simut yg bergumpal2 tu....HANGIN~~~!!!!!



agak2 korang kan,  kalo la BABY ni lemas, saper patot dipersalahkan??pengasuh or bantal tu...????
mmg zalim la .......aperla yg bby ni boley buat ek?otak letak kat lutut gamaknyer pengasuh ni..


kalau raser x sanggup nk pikul tanggungjwb nk jaga ank org, xpyhla bukak taska...budak2 xslh tular jd mangsa...kalau dlm hati raser nk duit jer, g la meniage pisang goreng...









tentang sesuatu

tentang sesuatu..
iaitu aku...YA~
ianya tentang aku..
mulut berkata ya..tp hati selalu tidak sependapat...
aku mahu menuturkan TIDAK..

oh~~aku tidak sampai hati..

17 Jan 2012

cerita dari hati paling dalam


cinta itu telah hilang bersama dengan kepergian dirimu,
tinggallah daku dalam kesepian
sambil memandang sang mega dilangit biru yg semakin kelam.
tiada terbayang kisah masa depanku yang penuh pengharapan
mengamit rindu kisah silam
Akan sebuah cinta abadi
cinta hatiku,
doaku bersamamu
moga bahagia adanya dirimu dialam sana…

ZzzZZZZZ~~

ntah kenaperla aku raser arini nyamannye untuk makan gaji bute...huhu

NGANTUKKKK~~!!








tido dlm iman..~

15 Jan 2012

~rumahKu Hak GomeN~hahaha




assalamualaikum...
entry kali ni aku nk enterprem kan umahku uma gomenku..hahaha



 
dlm umah aku ader tiang seri..makanya aku deco2 cikit jd ruper gini.. :)


nila ruper tiang seri tu......



ni tempt lepak no.2..dinding tu aku baru ejas..*EhK..



aku suker dinding nih :).maser amek gambo ni,emyza aznan kat tv tu..
(bukan sbb aku minat bliau..hahah )



frame tu aku beli da dkt 2 taon tau..syg giler kat die :)




ni tmpt lepak baru..hahaha

maser mule2 aku masuk umah ni..kosong jer..langsir pun belas ihsan my MIL..langsir pintu besor plak singkat jer..seder :( tp alhamdulillah..rezeki sentiasa ader untuk aku ceriakan umah aku...

14 Jan 2012

insyaAllah..

dah lamer aku x update blog...sampai en.somi kater aku ader blog tapi x update,xpayahla wat blog..hahaha...ruper2 bliau la pembacer setia aku..terima kasih en.somi yg gojers ^.^...

okie..sejak 2 menjak 3 menjak ni..aku dpat raserkan aku semakin bahagia di samping suami dan qaseh nur iman tercinta..Alhamdulillah aku dikurniakan suami sebaik dia walaupun xsempurna maner..syukur sgt2..
biler ambe imbas2 balik kehidupan lalu, byk sungguh dugaan..boleh dikatakan byk kepayahan daripada kesenangan..
dimulai dgn pemergian ibu tersayang pd 14.07. 1992,..saat itu la bermula kisah suka duka kami anak beranak..
((xmoo citer...nti nangis..huhu))..then abah plak pergi tinggalkan aku saat aku sedang mengatur langkah permulaan untuk kehidupan baru aku dan abah,...abah pergi pd 7.ramadhan.1430H..huhu..pedihnyer saat ditinggalkan menjelang syawal...

arghh~~!!terlalu byk untuk dikenangkan..terlalu biaser aku ditemani airmata..

masa berlalu pergi, roda kehidupan berputar laju....
.betul~segalanya adalah takdir..
sedikit demi sedikit....
 kini, aku mengecapi bahagia..tapi aku xpasti sampai biler kerana semua ini juga takdir...aku x pasti..
semakin hari aku cuber berubah memperbaiki diri..kerana dlm hati ni, aku terasa dunia sudah semakin sampai ke pengakhirannya, da mati juga semakin mendekati aku..
InsyaAllah..sedikit demi sedikit aku akan kembali ke jalan yang diberkati...AMINN.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...