31 Jan 2013

day 12

  entry lelaju..

hannah dalily xmoo tdo mlm..
siang elok jer tdo..
huwarghhhhhh..

kengantukan keamatan kemamiam...

29 Jan 2013

sprm??ye sprm...

cara2 nk repot kelakuan buruk umat itu..::!! 
 

Kaedah Menyalurkan Maklumat Rasuah.
  1. Datang ke Pejabat SPRM terdekat. Lihat senarai pejabat SPRM.
     
  2. Melalui Sistem Pengurusan Maklumat atau “Complaint Management System”.  Login dan hantar maklumat melalui borang yang ringkas. Klik untuk ke Sistem
     
  3. Menulis E-mel kepada maklumat kepada : info@sprm.gov.my.
     
  4. Menulis surat ke alamat pejabat Ibu Pejabat SPRM atau mana-mana Pejabat SPRM  Lihat senarai alamat pejabat SPRM.
     
  5. Anda juga boleh menghantar faks ke talian 03-8889 4329.
     
  6. Melalui talian bebas tol 1-800-88-6000 Atau talian tetap 03-88867000 / 7545 / 7546
     
  7. Hantarkan SMS ke talian 019-6000696.

     
Panduan memberi maklumat yang berkualiti
  1. Memastikan maklumat yang diberikan adalah dibawah bidang kuasa SPRM. SPRM hanya boleh bertindak ke atas maklumat yang dibawah bidang kuasa SPRM. Ketahui lanjut bidang kuasa SPRM.
     
  2. Memberikan maklumat yang menjurus dan tidak terlalu umum. Kumpulkan maklumat dan sampaikan isi penting seperti:
    • Bila kejadian berlaku (When)
    • Dimana kesalahan dilakukan (Where)
    • Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu (Who)
    • Apa kesalahan yang dilakukan (What)
    • Kenapa kesalahan dilakukan (Why)
    • Bagaimana transaksi rasuah tersebut dilakukan (How)
       
  3. Sertakan nama dan maklumat perhubungan anda. SPRM menerima maklumat dari pemberi maklumat yang tidak dikenali, tetapi adalah lebih baik sekiranya kami dapat menghubungi semula anda bagi membantu kami bertindak dengan cepat dan lancar. SPRM tidak dapat bertindak ke atas banyak maklumat yang tiada maklumat perhubungan. Anda juga boleh mengetahui status maklumat anda melalui Sistem Pengurusan Aduan sekiranya anda menyertakan nama dan maklumat seperti emel atau nombor telefon mudah alih.
     
  4. Jangan khuatir. Anda dilindungi. Pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Ketahui lanjut mengenai Akta-Akta ini.

Pengurusan Maklumat Rasuah di SPRM
  1. Maklumat akan melalui proses saringan bagi mengenalpasti:
    • Maklumat yang berunsur rasuah atau tidak.
    • Maklumat yang boleh diambil tindakan atau tidak.
    • Orang yang ditohmah boleh dikesan/ dikenalpasti atau tidak
       
  2. Selepas proses saringan, maklumat yang terpilih iaitu yang mencukupi dan di bawah bidang kuasa SPRM akan dibentangkan di dalam (JMM) bagi menentukan tindakan lanjut. JMM yang  diadakan setiap hari dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM dan dianggotai oleh Pengarah-Pengarah Bahagian tertentu.

Kenapa Memberi Maklumat
  1. Birokrasi, ketidakadilan, kemusnahan dan berbagai lagi kesan buruk rasuah kepada anda, keluarga anda, masyarakat dan negara. Baca artikel berkaitan.
     
  2. Membantu  mengurangkan ketirisan yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat.
     
  3. Setiap orang wajib melaporkan seperti dinyatakan di dalam ASPRM 2009. Ketahui lanjut mengenai Akta ini.

#tunggu  .....

 

25 Jan 2013

siti Hajar bt Mohd sabir ~al-Fatihah

  20 januari 2013
saat macik bergembira dengan kelahiran nur hannah Dalily,
ader kisah sedih dan ader yg yg sedang berjuang di pengakhiran kehidupannya..
macik baca ni kat blog makbedjenel
sampai akhir hayat pon, die masih berdakwah..
murni jiwa raga adik ni..
mari ambil iktibar :)
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


byk lagi kisah mengenai arwah ~ google namanya :)



anak solehah..harta ibubapanya..

sebarkanlah~xrugi ape2 pon...

24 Jan 2013

kelahiran ke2 & pengalaman perTAMA

  fuhhhh~bersawang..;p
entry panjang sampai ngantuk
 

KELAHIRAN KEDUA

JENG





JENG
 
 
 
 
 
JENGGGGGGG....
 
 
 
 
 

Alhamdulillah..
macik telah selamat melahirkan puteri kedua macik pada Ahad @ 20012013@ 3.45 pm ..
and her name is NUR HANNAH DALILY BINTI MOHD RAZMAN
 
diberitakan macik TERbesalin di Hosp Angkatan Tentera Lumut @ Perak ..
sbb ape terbesalin??
sbbnye macik bercadang nk blik jb arini(kames@24/01/13) tapi
mmg merancang jelar..sebaik-baik penentu tu ialah ALLAH SWT
maka, terteralah no -08- dl mykid n mykad nur hannah dalily..
ahad ni bru blik jb..tggu my MIL dtg amek :)
 
PENGALAMAN PERTAMA

1. walopon ni kali kedua macik bersalin secara normal, tp ni kali pertama macik kene "bengkak susu"..adehla~sakit xterperi...maser 1st dulu xkene pon n xmerasa bengkak gunung daik tu..
2. kali pertama macik bersalin jauh dari family..seb bek ade adik ipar yg baik hati tlg jg macik selama seminggu dlm tempoh bertpantang ni..bkn jaga macik jer, tp jaga qaseh nur iman, jg makan minum pendek kater tlg jg rumah tgga macik semenetara nk tggu MIL dtg bwk blik jb..hehehe 
3. kali pertama macik bersalin dgn perasaan tenang walopon nes kate macik gelojoh..hhihihi..yelar, da nak kuor sesangat disuruh hold dulu..ish2...mcm drama :p
 4. kali pertama macik sebagai THE ONE N ONLY pesakit kat wad tu..erm..i mean wad bersalin.
  .HATL tu wad gomen tp disebabkan macik satu2nye pesakit dlm wad tu, macik seperti berada di  PRINCE  COURT HOSP...heheheh..layanan istimewa beb!tp keesokkan harinye sorang2 patient dtg lapor diri kat wad tu...hihihihi






and now..
we are a happy family ;D

 



18 Jan 2013

buat baik berpada-pada

pg2 pas kemas2 umah...macik bukak fb..telek punyer telek, jumper gambo kat atas tu..
gambo kat atas tu bukan semata mata gambo tp merupakan satu pesanan untuk kiter semua..
betul x betul macik pon xtau
tp xsalah kalu kite beranggapan betul sebab zaman skrg apepon xmustahil..

kiter ni pompuan hati lembut..
keras mcm mane pon kalu dah mmg lahir sebagai pompuan
hati ni penuh belas kasihan..
huhuhuh..
jenis macik, mmg cepat beno kesian..cepat beno simpati..
bkn ngn org kite je macik kesian..
ngn pati2 indon yg macik tgkap pon macik kesiaan...
huwarghhhgg...**
(mungkin macik patot keje kat jabatan kebajikan)hahahaha
ok, kalu kat org dewasa n OKT pon macik kesian,
inikan pulak budak2 kecik yg nangis tepi jalan..huhuhuhu
#harap2 xjumpe budak ngs tepi jalan...nangis tepi kedai bulehla belikan gule2..hehehe

17 Jan 2013

^_~ konpius

  huhu..ades~peninla macik...

nak bersalin katne nih...?
lg 3hari nk masUk 39w..
bile2 je bole terbersalin..
hagak2 selamat x kalu macik buat perjalanan jauh..
macik sebenonyer mmg nk bersalin kat jb nun..
tetibe anjeman bz...

memule decide nk blik jb esok..
pastu sian kat anjeman sbb kalu blik esok die kene blik perak blik ari ahad
sbb die belom boleh cuti lg..
huhuhuhu...byk beno keje sejak dok markas armada ni
huhuhu..

td MIL call..
mil kater nak bersalin maner
mil kate kalu blik jb pas bersalin, hati2..
tkt tumpah darah..
FIL yg suh pesan gtu..
huhuhuhu..tetibe ngeri plak..

ades~bolekah anjeman jg macik maser dlm pantg ni  :(

INDUCE & EPIDURAL

INDUCE

 Induce tu satu kaedah untuk doktor alirkan ubat mengandungi hormon ke dlm 
darah untuk melancar proses pengecutan rahim (kontraksi) supaya cepat bersalin. 
Bila kontraksi rapat dan kuat, doktor akan pecahkan selaput dan air mentuban akan mengalir keluar. 
Bayi akan lahir dalam masa 30 minit – 1 jam. 
Ia bertujuan mempercepatkan proses bayi dilahirkan jika doktor 
bimbang bayi akan lemas dan boleh maut.


EPIDURAL
Suntikan epidural diberi apabila pesakit yang mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. 

Antara faktor yang menambah kesakitan ketika bersalin:

a )kelahiran anak pertama
b )induksi bersalin (penambahan ubat Pitocin) untuk mempercepatkan bersalin
c )kehamilan pada usia muda
d ) obes 
e ) kesakitan tulang belakang sewaktu datang haid.

Epidural tidak digalakkan untuk:

a) ibu yang kerap bersalin 
b) ibu dengan bukaan servik telah mencapai 8 cm 
kerana tempoh bersalin sangat cepat dan faedah suntikan epidural kurang 
bermakna. 

entry khas untuk makbed

  kenkwn..
saper penah menghadapi masalah blog diremove ngan tetibe??
mintak bantuan kerana salah sorg member blogger ni mengalami masalah tersebut
 
mari bantu makbed menyelesaikan prob ni.. 

tenkiu..:)

sekelat tango

  maser lunch hour macik g la jenjalan kat bilion manjung..
biasernye memang macik akn belikan samtin utk qaseh nur iman..

arini macik beli sekelat atau bahase betoinyer coklat..
 
 
macik beli sekelat tango..
SATU jer..
sbb macik xheran sgt sekelat ni..
tapi..

*

*

*

*

*

*

*
bile macik raser, umangaihhhhh..sodap bonna ghaso ah..
nan hado sekelat sodap camtu bak ang..:)

 
 
sedappppppppppp...
 
tapi beli

satu 

jer.....


huhuhuhhuu..share plak ngn iman...
dpt sikit je lar...

disindir + tersindir + menyindir

  "yey!!seronoknyer kerje!!"
"seronoknye!!seronoknye!!"

jgn konpius yer...hehe
ayat kat atas tu kalu mengkeme dengor, xder sikit pon menampakkan keikhlasan..
intonasinyer lebih kepada menyindir org lain dengan beranggapan diorg je wat keje..hahhaa
sian ngn org mcm ni..
mcm mintak publisiti jer :D

wat keje seme nak menunjuk..kalu bole nak btau seme org
"SAYA SEDANG MEMBUAT KERJA!!SILE AMBIL MAKLUM"
bile raser stress sbb tgk org lain sembg2, die menyindir..
sedangkan org yg disindir n tersindir tu lgsung xamek kesah..
(org lain wat keje xder pon gebang2)
hehehehe..
sian..sian..sian..


eleh~~keje seniri xmoo buat, dok elak2 nk selamatkan diri seniri..
not good betei!!

hmm..

#penyakit burung belatuk pon berjangkit2 skrg ni...nyaris xmasuk sotkabo

16 Jan 2013

jerawat

 saper xpnh ader jerawat?
huiyooooo~~bestla korang....
macik jenis tumbuh jerawat ikut musim..
tempat peberet ialah....

*

*

*

*

*

*

*

*

kening~~


#adeh, nak pakai celak pon susah...hhuhu

rupa2nya kurang air..


citer ni benonye da lamer bak ang..tp bru rini rajin n ader mood macik nak citer..

alkeshahnyerr..
hari selasa :: 1.30am..
macik terjaga dr tdo dgn tetibe dan tetibe juge macik cemas n gelabah bewak.. ;p
sbb terjaga tu adelah krn perut macik mengeras setiap 2 minit skali..
adooi~~raser tegang xterkate epidermis kat keliling perut tu..hahaha

disebabkan macik dah gelabah bewak, macik pon dengan  pantas kejut anjeman yg nyenyak tdo tu.
dgn serta merta die bukak mate dan trus mengurut tgn macik dgn yakin dan tekun,..
efek mamai
~oh kande!!tgnku xmengeras la~
huhuhu..terpakse cubit sikit tgn debab die tu nk bg sedor..
hehehe..mahap..

disebabkan acara keras mengeras perut tu berlarutan hampir 3 jam, anjeman pon da start risau tkt2 anak no. 2 ni diberanakan kat umah, maka bliau mengrequest utk anto macik ke spital dgn kadar segera..
macik tanak..and macik request milo suam ngn biskut nenas..hikhikhik..dekat2 pukul 4 am time tu..
mate pon da ngantuk sgt2 n xtertahan da, macik xsedor kol bper macik terlena..

hari selasa :: 10.30 am
macik masih keje lg rini..keras mengeras beransur perlahan...
macik pon g beli air anugerah dan bwk g jumpe sorg ustazah ni utk buat air selusuh sbgai persediaan bersalin..mcik xigt lgsung benonyer..

pastu, ustazah a.k.a k.emy tu bacakan sikit ayat2 suci alQuran,katenyer macik lom nk bersalin lg, tapi mmg da dekat masanyer..
punca bby keras2 smalam td tu sbb macik kurg minum air..n air ketuban mkin kurang jd bby susah nak gerak..tu yg keras xbenti..
k.emy pesan suh minum air bebanyak..
 malamnyer, setelah pd siang harinya macik minum air bebanyak, 
macik tido sungguh lena..

oh~terima kasih atas nasihat.. :)


Kepentingan Air ketuban

* Menyerap kesan hentakan luar (trauma dalam kandungan), 
* Menyerap kesan himpitan (sekiranya berlaku pengecutan rahim dan sebgainya) dan 
* Menstabilkan suhu persekitarannya 
* Bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan daripada luar (Fungsi air ketuban dan selaput ketuban)

#macik request kat bby jgn kuor minggu ni sbb ayah die bz..hehehe..stakat ni bby bg kejesamer yg baik... :)

15 Jan 2013

rumah pelik

 
rumah berkedut..

golongan sopan santun jer bole duk sini..

bukan gambo terbalik...tp mmg rumah ni yg terbalik

ader org dlm kasut :)

............setinggn moden 

saper kate kat bumi xder ufo..ni ader je haa...

ok, kalu dpt camni..indahnye :)

listen listen listen

 

ingatkan ape bende la listen listen listen ni..
bukak fesbuk melambak status kenkwn dok update ayat2 tu..
selain tu byk plak gambo hewan2 menuntut keadilan..

hahahha..
sudahnyer aku google la..

meh bc bwh ni :)
Segalanya tercetus apabila seorang pelajar, Bawani KS, yang berdiri untuk membincangkan dan menyuarakan keputusan mahkamah tentang Bersih dan soalan mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain.

Sedang Cik Bawani KS masih lagi memberikan pendapat dan hujah maka sikap kurang ajar Sharifah Zohra Jabeen terserlah dengan merampas microfon dengan cara untuk mengelakkan Cik Bawani dari meneruskan Hujahnya. Adakah ini cara seorang MC? Adakah ini 'Forum' ? 

Video ini bermula dengan pelajar-pelajar yang mengambil sumpah untuk pergi terhadap 'budaya sesat', 'pemusnah keamanan', 'demonstrasi jalanan' dan 'keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum tanpa gangguan pihak ketiga.

sumber :  http://busuk.org/ping/view/427385

LISTEN LISTEN LISTEN! (5)
 hahaha...amek kesempatan betei~~!!

13 Jan 2013

makne tersirat tentang yak2

  selamat monday~~
ntah nape la macik terasa nk tulis entry ni..
maybe sebab dari ari jumat macik punyer sistem penghadaman ni aktif sgt..
sgt letih dating ngn en.tan..

macik xdela mkn byk2 sgt..cume macik maser jumat lepas, ade beli dua sikat pisang emas,
habih macik keje kan..
mungkin sebab tu lancar sistem hadam gamaknye..
da mcm pkai minyk ron97, shell advance..hahah

oke~mari share info ni utk kesejahteraan usus kita bersama yek :)


#1 Warna
Najis manusia ada mcm2 kaler. * hitam *hijau. *coklat, *kuning langsat tapi turquoise takde eh..hehehe
 So warna najis kita ni semuaadalah efek dari apa yang kita makan dan sbb2 lain.
 Kalau kita makan banyak sayuran hijau, tak mustahil najis akan jadi hijau.
kekadang, faktor ubat yg kita mkn pon mempengaruhi kaler2 tersebut.
ada gak tau warna kelabu. Cute~!!hahahaha
tapi IF najis kita kaler hitam, kite da kene risau walaupon org kate hitam itu mutu, gaya dan keunggulan ;p. Kadang2 sbb kita makan supplements, tapi sometimes ada internal bleeding kat perut dan usus kita. 
#2 Bentuk
jgn plak kate ader najis bentuk love...hahahaha..
Sebenarnya, bentuk najis yang elok adalah berbentuk "S" dan dia tak putus-putus. jgn ingat hubungan kekeluargaan je " air dicincang takkan putus ". najis putus pun tak elok ok. Heh. Kalau nak najis yang cantik berbentuk "S" sila makan banyak fiber.

Najis yang berbentuk seperti pensel. kurus kurus halus ada kemungkinan adalah tanda-tanda awal kanser rektum. Sebabnya, pembukaan rektum tu cam malu2 dan tak menyeluruh. So najis yang kuar kurus dan semestinye tuan punye badan perlu risau..


#3 Bau
ok~~lom ade lg najis bau cam perfume hypnose by lancome yer..hahaha
memang najis bau busuk ..tapi yg busuk amat tular maknenye kite kene infection dr alam sekeliling iaitu melalui air, tanah dan juga makanan yang kita makan. Parasit ni bernama Giardia (baca sendiri jgn malas, nnt gemuk).petai, jering, keledas tu bukan parasit yer..hahahha
 
 cik giardia  
#4 Rutin

cer kira baper kali sehari korg memerut?
sesetengah org, bende ni jadi rutin, bangun pagi je memerut, pas makan jer memerut..
sampai kekadang tu,sikit rase nk memerut pon xde, tapi disebabkan ianya rutin celik mata terus say hi tu en.tan..hahahaha
so, bile ruitn ini terganggu, cer check balik, apa yang korang makan, maybe terkurang makan fiber ke, buah ke, kurang minum air ke?
 

#5 Tenggelam ke Timbul?

 if najis korang timbul means makanan yang korang makan adalah makanan yang berkolestrol tinggi.
Ataupun, sistem badan korang takleh nak absorb lemak ataupun nutrien dari makanan yang korang makan tu.
 #untung sabut timbul, untung batu tenggelam..hehehe...eh?#

#6 Kentut tu bagus
 
 Kentut tu sebenarnya kita lepaskan gas yang mengandungi bakteria dr kolon kita. Sekurang-kurangnya kena kentut 10-18 kali sehari ( tapi kalu dah berjaya kentut 10-18 kali sehari tu, xpayahla susah2 hebahkan maklumat tersebut kpd sekalian alam yer..!atau dgn kater lain korg wat announment guna mikropon masjid!!)hahahaha. Tapi pls, jangan kentut merata-rata. Bukan buang sampah je takleh merata eh.
dan jgn kentut sambil bersin sbb bunyi akan jadi double dan itu memalukan..hahahaha

enrty ini bukanla untuk meloyakan tekak anda2 seme dan bukanla bermaksud macik ni selebet..
macik cume nk kongsi info ygmacik baca td agar kiter sentiasa alert ngn perubahan sistem dlm bdn kite..
yo~cekidot
.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...