5 Mar 2012

geGenDut yg TereR


petang2 ni aku berblogjogging...hmmm

selalu kiter seme tgk player2 bolasepak seme bdn sasa n tough2...bg sesape r yg ditambah kelebihan dengn muke ensem...UNTUNGLARRR....
hahaha...ni haah~~tgkk..gendut2 pon bola men bola n jd pemain bola sebagai karier...

1. Jan Molby

Pemain yang bermain untuk Liverpool dari 1984-1996 ini kerap menjadi pilihan utama pasukan The Reds. Pemain berasal dari Denmark ini  di anggap sebagai salah seorang legenda Liverpool kerana kelicikannya mengawal bola.


2. Andy Reid

Pemain berusia 26 tahun dari Ireland ini bermain  untuk Sunderland dan terkenal dengan tendangan kaki kirinya yang mengelirukan. Bekas bintang Tottenham Hotspur ini juga merupakan pemain pasukan kebangsaan  Ireland. 


3. Micky Quinn

Micky adalah bekas penyerang Coventry berperut gendut tapi mempunyai larian yang deras. Karir terbaik penyerang  yang juga biasa dipanggil “Sumo” ini ialah ketika dia bersama pasukan Portsmouth dan Newcastle United di awal 1990an.


4. Ferenc Puskas

Puskas adalah merupakan legenda bolasepak Hungary dan pernah digelar sebagai antara penyerang   terbaik yang pernah dimiliki Real Madrid.  Bermain untuk Los Galaticos dari 1958-1966, Puskas yang berperut gendut itu bermain dalam 182 perlawanan dengan mengumpul 157 gol. 



5. Neville Southall 

Pemain berasal dari Wales ini dikenali sebagai penjaga gawang terbaik yang dimiliki Everton. Mewakili  Everton dalam 578 perlawanan telah menempatkan namanya sebagai legenda Everton. Southall telah menjadi benteng terakhir Everton selama 17 tahun sebelum bersara  seiring dengan berat badannya yang kian bertambah.



6. Ronaldo De Lima

Pemain berbadan gempal paling terkenal adalah bintang Brazil, Ronaldo. Tiada yang dapat menafikan jika Ronaldo menjadi salah seorang pemain bola terhebat yang dilahirkan di planet ini. Dua kali bermain untuk  Piala Dunia buat Brazil dan tiga kali menjadi Pemain Terbaik Dunia menjadi bukti kehebatannya. Bekas striker Barcelona, Inter Milan dan Real Madrid ini diyakini akan lebih banyak mengumpul gelaran  jika tak dihantui oleh masalah kecederaan kaki.



7. William Foulke

Sesuai dengan bentuk tubuhnya, dia digelar “Fatty”. Penjaga gol kebanggaan Sheffield United dari 1894-1905 ini memang terbilang unik. Selain menjadi bintang Sheffield, Foulke juga menjadi bintang Chelsea di abad 19. Bersama Sheffield, Foulke telah meraih satu gelaran juara liga dan tampil di tiga final Piala FA.


No comments:

Post a Comment

komen sini :) okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...