10 Mar 2012

masak2 petang2



 mari memasak KETAM MASAK CILI yer..

bahan-bahan :
  • 6 ekor ketam (dibersihkan dan direbus bersama garam dan 
  • serai ketuk hingga 3/4 masak & toskan)
  • 2 sudu makan cili giling
  • sos cili secukupnya
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula/madu secukupnya
  • sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. 
  2. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. 
  4. Kemudian masukkan air secukupnya. 
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam,                                                               gula/madu dan air asam jawa. Kacau rata-rata. 
  6. Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. 
  7. Hidangkan panas-panas.



hehehe...hari ni aku masak petang sikit sbb en.somi xder..die duty...die kan askor air.
.jd keje xmenentu..huhuhu..
seb bek ader qaseh nur iman..kalo idak sunyilar teman nih~~

resepi ni aku ceduk kat kat sini
byk betol resepi2 yg best tau.....
gambo pon gambo pinjam...hehehe


2 comments:

  1. mailarrrr.....ader 2 ketol lg...hihihiih..
    sok i bg mi bandung yer.,,.

    ReplyDelete

komen sini :) okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...