24 Jan 2012

RIBUT MAGNETIK



td tengah hari aku dok layan buletin 1.30 kat tv3..tibe2 aku jd terperanjat dgr tentg satu berita yg pd aku kali pertama aku mendengarnya...

apakah dia??

iaitu RIBUT MAGNETIK

dgr sahaja tentg itu, mcm2 perkara yg terlintas kat fikiran aku terutamanya berkaitn akhir zaman..aku jd cuak..betol!!aku insan yg sgt lemah dgn iman senipis kulit bwg..aku menjadi sgt takut...ALLAHUAKBAR...

disini ader serba sedikit tentang ribut magnetik..

 Ribut magnet yang akan melanda bumi ni dijangka paling teruk sejak 6 tahun ini. End Of World? Tak tak, ribut magnet walaupun bunyi menakutkan, tapi kesannya takdelah sebegitu besar jika berlaku dalam skala kecil

Tapi dijangka, yang akan melanda bumi ni berskala 2 hingga 3 ( 1 hingga 5, 5 paling teruk)


Macam mana terjadi?


Pada ahad lepas, (22 Januari 2012) letupan kuat telah berlaku di matahari dan ia membebaskan zarah solar yang berkuasa sungguh besar dan laju – lebih kurang 5juta km per jam (2000 km per saat) yang mana ia adalah 5 kali lebih laju dari yang biasa dan zarah solar ini akan melanda bumi pada hari selasa hingga rabu ini. Ya, hari ini!

Apabila ia melanda bumi, ia akan mengganggu medan magnet bumi. Jika ia cukup besar, ia memang akan memberi banyak masalah kepada kita


Apakah kesannya?



Sistem radio berfrekuensi tinggi memang akan terjejas dengan ribut magnet ni. Kapal terbang terutamanya akan mengalami masalah dalam sistem navigasi. Bagi negara yang mempunyai sistem grid elektrik yang panjang-panjang (sejauh lebih 1km, china terutamanya) sistem ini akan terjejas dan kemungkinan akan menyebabkan kerosakan jika ribut magnet ini terlalu kuat

Sebagai contoh, pada tahun 1921 beratus-ratus transformer dan sistem grid musnah dan menyebabkan lebih 130 juta manusia terpaksa tinggal dalam gelap. Jumlah kerugian mencecah billion us dolar. Memang teruk jika tiada langkah pencegahan


Meminimumkan kesan

Untuk mengelakkan kerugian, ada banyak benda boleh dibuat. Contohnya menutup terus sistem grid ini untuk mengelah induce current berlaku. Mungkin tempat yang dilanda ribut magnet ini akan bergelap untuk seketika. Ia perlu dari bergelap sehingga berbulan-bulan kan?


Kat Malaysia?

Sebab kita menggunakan sistem grid yang pendek, mungkin kesannya tidak dapat dirasa. Tapi jika ribut magnet ini terlampau kuat, tiba-tiba takde api bagai, jangan panik sebab ia hanyalah kesan sementara...



ok...faham? moga2 semuanaya dipelihara.

No comments:

Post a Comment

komen sini :) okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...