30 Dec 2012

mangsa ialah kanak2 lagi..

KUALA LUMPUR: Tangan kanannya patah manakala seluruh tubuh kecilnya dipenuhi kesan lebam dan berbirat. Itu penderitaan seorang bayi perempuan berusia setahun dipercayai akibat didera seorang bapa ayam di Lorong Haji Taib, di sini, sejak dua minggu lalu.Mangsa dikatakan dipukul menggunakan penyangkut baju selain dipijak lelaki berusia lewat 30-an itu kerana kegagalan ibunya berusia 34 tahun untuk melacur seperti diarahkan. Malah, ibunya turut dipercayai dipukul lelaki berkenaan.Kejadian menimpa bayi itu disedari bekas pengasuhnya selepas melawat mangsa di rumah berkenaan, jam 9 malam kelmarin.Pengasuh itu yang mahu dikenali sebagai Ran, 35, berkata, selepas melihat kecederaan bayi itu, dia meminta supaya mangsa diserahkan kepadanya untuk dihantar ke hospital, namun bapa ayam itu tidak membenarkan sebaliknya menghalaunya.Menurut Ran, dia merakamkan beberapa gambar menunjukkan kecederaan mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
LAPOR...Ran menunjukkan laporan polis dibuatnya. Gambar kecil, mangsa.



huhuhu..kesiannyer..aperla nak jd..

2 comments:

  1. sakit hati pulak baca kisah si bapak ayam ni.. memang xde akal lah !!!
    grrrrrrr akak emo betoi..


    >> thanks yang, akak dh jumpe lagu tu...

    ReplyDelete

komen sini :) okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...