3 Feb 2013

perancang @ pencegah kehamilan..

 
family planning

seme org berhak merancang keluarga @ erti kata lain mencegah kehamilan. mencegah ni bukan la menolak terus kehadiran org baru dlm fmly tp lebih kearah menjarakkan usia dan bilangan anak..
tambah2 plak zaman skrg ni serba serbi melibatkan KOS. ibu2 plak kebanyakannya berkerjaya so, masalah disitu ialah tuntutan kerja dan masa dan tenaga .....~eh?hehehhe

banyak skil nak merancang sebenonyer..
meh kite blajo..

HORMON
Pil Perancang:  rasanya ramai kot yg amek pil perancang ni...tp bagi yg pelupa tu, sila fikir byk kali yer samada nk guna kaedah ni atau tak...kang terskip makan, habislaaaa!!..kesan sampingan seperti naik berat badan, mual, kurang nafsu sex, moody, semua tu bergantung pada individu.. 
 

  Suntikan: siapa yg pelupa blh la amek suntikan...suntikan ni kena buat 3 bulan sekali...effect utk org yg amek injection ni dia akan mengalami kitaran haid yg x teratur...kdg2 berbulan tak dtg haid...

Implan: sesuai kpd yg merancang menjarakan anak 3 tahun ke atas... implan ni besar dan mcm batang mancis, perlu ditanam & dikeluarkan...(member macik pkai implan ni..die kate mase masuk kat lengan die tu, implan beso jarum peniti jer..pas 3 taon die kuorkan beso mee  kunin tu,...)
*ngape mesti tanam kat lengan??sperm swim sampai lengan ker??hihihihi


BUKAN HORMON
 
Kondom: benda ni senang sgt nak dpt kat kedai...bagi yg selesa, blh la pakai kondom...kemungkinan mengandung hanya 2%...

IUCD: alat yg ditanam dlm rahim...sesuai utk sesiapa yg nk jarakkan anak 3 tahun...alat ni tak ganggu hubungan sex & tak ganggu kitaran haid...

Diafragma: sejenis alat yg dimasukkn dlm faraj utk tutup serviks...kalau pakai kaedah ni, kena masukkn sendiri...huhu...chances nk pregnant dlm 5%...

Tradisional: menggunakan ubat tradisional, herba atau jamu..
 
Semulajadi: 
Menyusukan Anak Sepenuhnya: ibu yg menyusukan akan lambat dtg haid...ada yg sampai setahun lebih baru keluar haid...walaupon i fully breastfeed, tapi "miss P" dah dtg lepas nifas hari tu...baru berangan nk puasa penuh tahun ni...sob sob :(
Kira Kitaran Haid: melakukan hubungan di waktu selamat/kurang subur...tp kaedah ni kita kena ada kitaran haid yg teratur baru blh buat anggaran yg tepat...
Kaedah Azal: air mani dipancutkn ke luar...tp kaedah ni byk yg gagal sbb chances nk mengandung tu tinggi...
 
KEKAL
  1. Sterilisasi/Pemandulan: utk perempuan, tiub fallopio diikat atau dipotong melalui pembedahan...bagi lelaki pulak dipanggil vasektomi iaitu vas defence lelaki dipotong dan diikat...

Hukum Menjarakkan anak dalam islam?
Fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.

Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.

Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus.

4 comments:

  1. dh hbs pantang ke blm ni dh fkr nk rancang² lak?? hehehehe

    ReplyDelete
  2. Good sharing...jadilah mcm saya...

    ReplyDelete
  3. sy ambik pil perancang...mule2 dulu siap set timer skang dh ok leh igt

    ReplyDelete

komen sini :) okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...