semua tentang kanak2
macik memang sensitip pasal kekanak ni..
walaupon macik ni bukanla jenis pandai amek hati budak2 tp
macik mmg kalah ngn budak2 ni
sayu jer hati tgk diorg ni..
(tapi maner yg noti sgt tu macik rase nk sebat jer)hahahahaha *gelak adibah noor
hari ni sambil telentang bace paper metro edisi selatan * wahh..
macik perasan banyak artikel pasal kekanak..
1st
mengenai PEMERGIAN ahli syurga
AHMAD ADAM SYUKRI
tamat da penderitaan arwah kat dunia ni..
dan bahagia syurga menanti die disana :)
2nd..
Rajasthan: Seorang bayi perempuan yang hidung dan bibirnya digigit
bapanya yang mabuk apabila dia tidak berhenti menangis, meninggal dunia
kelmarin.
Keadaan Radha yang beusia lima bulan semakin teruk lima hari selepas
dia menjalani pembedahan mengubah semula wajahnya yang cacat di
Hospital Kerajaan Sawai Man Singh di Jaipur, India. Kematiannya
berlaku selepas dia disusukan ibunya apabila dia tersedak, menyebabkan
susu itu masuk ke dalam paru-parunya. Bapa bayi itu, Bhadar Singh,
buruh ladang dari kampung Siyana, Rajasthan berdepan dengan tuduhan
membunuh. Singh, 36, bertindak kejam ke atas Radha pada 26 Januari
lalu selepas pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan mendapati
isterinya, Santosh dan kakaknya, Siroj memakai inai di tangan mereka.
Dia menyuruh isterinya berbuat sesuatu tetapi wanita terbabit enggan dan mengatakan dia perlu menunggu inainya kering.
Ia menyebabkan Singh berang dan mula mendera serta memukul Santosh.
Anak perempuan sulung, Bhanwar Kanwar, tiga tahun mula menangis dan
Singh turut melepaskan kemarahan ke atas kanak-kanak itu. Dia menggigit
belakang tubuh, tangan dan anggota lain Bhanwar sebelum mencampakkan
kanak-kanak itu ke tanah.
Bunyi bising berkenaan mengejutkan
Radha yang tidur di bilik bersebelahan menyebabkan dia juga menangis
sebelum menjadi mangsa bapanya.
Singh dikatakan menggigit
hidung dan bibir Radha hingga menyebabkannya putus. Doktor berkata,
Radha perlu menjalani pembedahan plastik secara lanjut agar dia boleh
bercakap dan makan dengan normal. Dia dipindahkan ke Jaipur untuk
rawatan pakar , tempat dia meninggal dunia semalam.
Singh ditahan mengikut akta jenayah kerana menyebabkan kecederaan
parah dengan niat membahayakan. Dia berdepan hukuman penjara mulai dari
10 tahun hingga seumur hidup. Dakwaan terhadapnya dijangka akan diubah
kepada tuduhan membunuh. Susulan daripada kejadian itu, isterinya
diusir oleh ibu bapa Singh dari rumah mereka. - Daily Mail
*sakit plak ati macik bacer yg pasal inai2 tu....cam nk lempang laju2 je mak abah budak ni..hmmmm
bersambung..
.
Alfatihah buat arwah adik Adam Syukri
ReplyDelete