Sebaik saja pasukan bola sepak negara bawah 23 tahun iaitu Harimau Muda A berjaya meraih ibu emas di temasya Sukan Sea yang berlangsung di Indonesia baru-baru ini, nama pemain-pemain pasukan ini semakin menjadi sebutan ramai.
Terutama sekali nama Khairul Fahmi Che Mat @ Apex yang menjadi penjaga gol kebangsaan.
Selain Apex, nama lain yang disebut gadis-gadis adalah
Irfan Fazail, Fandi Othman, Syahrul Azwari, Nazmi Faiz, Yong, Izzaq Ramlan, Mahali Jasuli dan Muslim.
Ada diantara mereka yang diundi untuk menjadi calon suami.
Wah! Hebat sungguh mereka semua.
Bagaimanapun, dari semua nama itu, pemain berusia 17 tahun iaitu Nazmi Faiz ternyata menjadi perhatian kerana telah mencatat satu corak permainan yang bagus walaupun dia belum mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam pada mendapat perhatian, nama Nazmi tiba-tiba telah dikaitkan dengan gosip seperti mana yang pernah terjadi kepada Apex iaitu dikaitkan dengan pelakon cantik lagi popular.
Mengimbas kembali gosip itu, sewaktu tamat perlawanan Piala Suzuki yang lalu, Apex telah dikaitkan dengan Nora Danish.
Manakala Nazmi pula ketika ini sedang hangat dikaitkan dengan pelakon cantik Neelofa.
Tanjat Boboi ambe mendengonyer!!!apatah lagi nama Neelofa dikaitkan dengan Nazmi.
Seakan sama dengan kes Apex yang telah dikaitkan kerana sebaran laman sosial twitter, Nazmi juga tidak jauh bezanya.
Tapi lebih hebat lagi, apabila Nazmi dikatakan adalah buah hati Neelofa.
Sungguhpun perkara ini telah tersebar dengan meluas, mungkin ianya sekadar usikan saja.
Apatah lagi Nazmi masih lagi bersekolah dan Neelofa juga masih menuntut di sebuah kolej. Pun begitu, hanya Neelofa dan Nazmi saja yang boleh memberikan jawapan yang pasti.
No comments:
Post a Comment
komen sini :) okbai.