23 Nov 2012

beza berus dari bulu khinzir & haiwan lain..

 
 
 
Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu b**i.
Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular.
Ia dijadikan berus untuk mengecat, mewarna & membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu b**i:
 
1. Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3. Susah tertanggal & jatuh atau cepat rosak.
4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu b**i dipanggil 'Bristle' kerana bentuk mereka yang keras & kasar.
Hujung bulu b**i ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya yang bercabang (split ends).
Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi.
Hujungnya tidak bercabang seperti bulu b**i.
Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
 
Maha suci Allah menjadikan bulu b**i berbeza dengan haiwan yang lain.
Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Agar umat Islam dapat membezakannya.
Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.
Jadi,berhati-hatilah.
InsyaAllah dengan izinnya, semoga kita semua sentiasa dilindungi.


 
 

No comments:

Post a Comment

komen sini :) okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...