Gambar dan wajah terkini Ariel Sharon ni saya jumpa kat facebook, dia yang kini koma bagaikan mayat hidup. Ariel Sharon ialah Perdana Menteri Israel yang ke 11, telah banyak membuat kerosakan di bumi Palestine dan kekejaman kerana membunuh. Dia dikatakan telah koma sejak 5 tahun lalu dan kini umurnya 83 tahun. Hidupnya kini terseksa sebagaimana dia menyeksa dan berlaku kejam kepada rakyat Palestine dalam pembunuhan beramai di kem Sabra Shatilla tahun 82.
Dia dimasukkan ke hospital pada tahun 2006 kerana stroke. Doktor melakukan pembedahan kerana Sharon mengalami pendarahan otak.Pembedahan dulu memakan masa hingga 7 jam untuk membuang darah di otaknya.
Terkini, seorang jururawat telah merakamkan gambar terkini Ariel Sharon. Dulu badannya agak gempal dan kini hanya tinggal rangka, beratnya hanya 15 kg saja.
dari facebook:
Kekejaman Ariel Sharon, dia pernah dilihat oleh saksi, seorang pengarah filem dokumentari yg sedang membuat liputan dan pengambaran di sana. Dia melihat Sharon pernah membunuh 2 kanak kanak warga Palestin dengan menembak dari jarak dekat (10 meter) di kem pelarian Sabra-Shatilla pada tahun 1982. Ketika itu Sahron menjadi Menteri Pertahanan Israel.
Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra-Shatilla pada tahun 1982 tak mungkin akan dilupakan dalam sejarah kemanusiaan. Semua itu dilakukan atas arahan Sharon yang kejam ketika menjadi menteri pertahanan masa tu.
Serangan selama 3 hari telah mengorbankan seramai 3,500 rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Pada tahun 2001, Mahkamah Tinggi Belgium mahu membicarakan kes jenayah perang ke atas Ariel Sharon yang jugak berbangsa Belgium, tetapi Israel menuduh tindakan itu berbau politik. Apabila kes itu didiamkan seolah-olah kekejaman itu tidak berlaku langsung, kes itu lenyap begitu saja.
Di dunia lagi dah mendapat balasan dari Allah
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia yang menyaksikan segala sesuatu? (Fushshilat:53)
*dpt info ni maser jenjalan kat blog..
No comments:
Post a Comment
komen sini :) okbai.