Amalan Dalam Hari
1. Kaki tidak boleh dibuka luas
dikhuatiri peranakan longgar. Duduk bersimpuh sememangnya mengetatkan
otot faraj dalam jangka masa panjang untuk mewujudkan hubungan suami
isteri yang lebih bermakna.
2. Sewaktu berbaring, jangan
mengalihkan badan ke kiri dan kanan sesuka hati. Untuk menjaga rahim
tetap pada kedudukan, tidur terlentang dengan disendal bantal di kiri
dan kanan.
3. Ibu dalam hari mudah masuk
angin, jadi perlu pakai baju lengan panjang, rambut diikat tegang
(bunjut), berstokin ketat, jangan mandi basah kepala manakala lubang
telinga disumbat bawang putih. Ibu jari kaki dilumur kunyit hidup.
Amalan ini mengelakkan gila meroyan.
4. Jangan abaikan pemakaian coli
sewaktu berpantang kerana dikhuatiri payudara yang bengkak dengan susu
akan kendur dan jatuh. Tips mudah, gunakan nursing bra.
5. Sapukan campuran kapur sirih
dan perahan limau nipis pada perut. Kemudian, ikat ketat barut/bengkung
panjang dari bawah payudara meliputi bawah punggung hingga pangkal paha.
Bengkung dipakai selama 44 hari. Ramuan berfungsi untuk mengecutkan
rahim, manakala bengkung mengempiskan kulit perut dan mengelakkan
punggung melendur.
6. Dua minggu pertama elakkan
mencangkung sewaktu membuang air dikhuatiri peranakan lenjan dan mudah
terkeluar. Sebaiknya guna tandas duduk dan kaki dibuka sederhana luas.
7. Elakkan bergerak cergas ke sana ke mari dan elakkan mengangkat benda berat kerana boleh membentankan peranakan.
8. Air mandian yang baik biarlah
air suam yang dicampur serai wangi, daun pandan, daun seringan, daun
jambu batu, daun pisang batu, dan daun lengkuas.
9. Selepas mandi sapukan pilis, iaitu memupuk kunyit di dahi dan pakailah bengkung.
10. Amalkan bertungku dengan
tungku panas yang dibalut daun mengkudu. Bertungku memudahkan urutan
sengkak dilakukan agar rahim mudah kembali pada tempat asal dan
mengurangkan rasa sakit ketika urutan.
11. Amalan berurut seluruh badan
dilakukan seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut.
Sebaiknya dilakukan selepas mandi dan bertungku.
12. Rebus bahan tangas seperti
asam gelugur, garam jantan, daun sirih, daun inai, halia dan manjakani
hingga mendidih. Angkat dan letakkan di bawah kaki agar asap panas naik
ke vagina kira-kira 20 minit. Amalan ini boleh juga dibuat seperti
sauna. Air yang telah sejuk boleh dibuat pencuci vagina. Amalan ini
berfungsi untuk menyembuhkan luka dan jahitan, mengetatkan alat sulit,
mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang.
weh, kwn aku sengkak rahim tinggi sgt..pastu trus ssh mengandung.. eh, btl ke?
ReplyDeletehalamak~!!!yeker weh....aku xtau plak....maybe btl tu..
DeleteSekarang dah ade tunku moden kan?tapi better guna yang batu tu,.hehe
ReplyDeleteperkongsian menarik..
ReplyDeletejom jenjalan ke blog saya
peminatvitmin.blogspot.com