Kamar tidur si kecil bukan sekadar untuk tidur tetapi ruang bermain dan berehat serta melakukan aktiviti yang digemarinya. Dapatkan idea dekorasi buat kamar si kecil.
Warna
Warna memainkan peranan penting dalam mereka bentuk ruang kanak-kanak yang berjaya. Gunakan warna terang supaya dapat merangsang minda dan pergerakan mereka. Lukisan mural pada dinding akan membantu menggalakkan kreativiti kanak-kanak. Serta warna biru sering menjadi satu daya penarik kepada kamar anak lelaki. Begitu juga dengan warna merah jambu mempunyai tarikan tersendiri buat kamar anak perempuan.
Ruang Kamar
Kanak-kanak yang sedang membesar dan lasak, akan menggunakan bilik untuk bermain. Ini bermakna ruang yang luas dan selesa diperlu untuk mereka bergerak. Bagi kanak-kanak pra-sekolah, bilik yang luas diperlukan untuk melakukan aktiviti serta ruang untuk membaca dan membuat kerja sekolah..
Keselamatan
Merancang ruang kamar si kecil bukan hanya memberi tumpuan kepada kecantikan dan kehebatan perabotnya semata-mata, tetapi merangkumi faktor keselamatan dan sihat. Oleh kerana pilihan perabot dan bahan kemasan yang tahan lasak perlu diberi perhatian bagi mengelak berlaku kecederaan.
Perabot
Perabot yang disediakan dalam bilik seharusnya ringan dan mudah alih serta sesuai dengan ketinggian si kecil. Pemilihan perabot yang sesuai dengan saiz ketinggian fizikal mereka amat penting supaya kanak-kanak tidak menjadi mangsa. Perabot seharusnya ringan dan mudah alih supaya boleh dialih mengikut kehendak mood dan aktiviti.
Penstoran
Lazimnya bilik kanak-kanak dipenuhi dengan barang-barang mainan, buku aktiviti dan buku cerita. Pemilihan penstoran yang baik iaitu kabinet yang mampu menyimpan barang permainan dan buku si kecil. Malah pastikan penstoran itu mudah untuk si kecil mencapai dan menyimpan barang mainannya sendiri.
Tip Cadangan
1. Serikan kamar dengan patung yang comel. Pilihan warna perlu terang agar katil tampak ceria.
2. Buat langsir ala jurai dengan karakter kartun. Jangan lupa menggantung perhiasan aksesori yang menghasilkan bunyi tatkala angin bergesel.
3. Jangan lupa menambah pewangi kamar dengan bau buah-buahan segar agar kamar si kecil sentiasa segar.
4. Pilih aksesori lembut bersaiz besar. Bantal peluk, kusyen, lampu, patung dan pelekat. Bukan saja mudah dicari apabila hilang, malah tidak perlu banyak dan menyesakkan ruang.
5. Gunakan pelembut fabrik sebelum cadar atau comforter dihamparkan untuk anak-anak.
6. Pastikan anda menyediakan ruang khas untuk anak anda bermain. Platform ini boleh menjadi ruang lebih menarik dan tempatkan segala permainan anak di sini.
7. Pilih pencahayaan yang ringkas tetapi dapat menerangi kamar secara keseluruhan.
8. Beli pelekat karakter kartun yang banyak dijual di pasaran. Beri peluang si kecil melekatkan karakter di kawasan pilihannya tetapi diawasi oleh anda.
9. Pilihan padanan warna yang sesuai untuk si kecil. Jika lelaki sesuai jika padanan biru dan hijau melatari kamar si bujang kecil ini. Serta warna merah jambu pula pilihan anak perempuan
10. Sediakan tempat penstoran yang mudah untuk si kecil menyimpan barang.
No comments:
Post a Comment
komen sini :) okbai.