13 Jun 2012


korang mesti penah buat kek kan...?kuih ker?...ader sesetengah resepi tu perlu guna serbuk penaik n soda bikarbonat kdg2 tartar cream....kalu aku, aku rase fungsi bahan2 tu same jer...huhuhuh..rupenyer ader beza...


  •       Baking Powder (Serbuk Penaik)

Serbuk penaik (baking powder) merupakan bahan penaik yang sering digunakan. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakkan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.
  •    Soda Bikarbonate

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih tersebut dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
  •        Serbuk Tartar


Serbuk tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resepi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

2 comments:

  1. teman palingggggg ghajin pon buat kek coklat kukus..tu aje yg udah lulus.hahaha

    ReplyDelete
  2. ha'ah betul.. kalau silap ambik, bentat la kuih atau kek yg kita buat.. hehe

    ReplyDelete

komen sini :) okbai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...