7 Jan 2013

keburukan pegawai iring yg kurang

4 POLIS DIBELASAH TAHANAN, DISEMBUR SERBUK LADA

  
4 POLIS DIBELASAH TAHANAN, DISEMBUR SERBUK LADA - Empat anggota polis cedera dibelasah sembilan tahanan ketika dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam.
Kesemua mereka akan menghadapi prosiding perbicaraan pagi semalam.
Tahanan berkenaan kemudiannya meninggalkan empat anggota pengiring itu di tepi jalan sebelum bertindak melarikan van polis dinaiki untuk meloloskan diri.
Dalam kejadian di susur keluar ke Pantai Bersih itu, pemandu van polis berkenaan yang dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala akibat dihentak dengan gari.
Manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan masing-masing selepas dibelasah tahanan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu berlaku ketika keempat-empat anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth.
“Kesemua mereka dalam keadaan bergari diambil sebelumnya dari Penjara Pulau Pinang untuk proses reman dan pertuduhan berkaitan kes bunuh, samun dan mencederakan orang.
“Pemandu van ditemani seorang anggota duduk di hadapan manakala dua anggota pengiring duduk di bahagian hadapan tengah van mengawasi semua tahanan yang ditempatkan di bahagian belakang,” katanya.
Menurut Datuk Abdul Rahim, ketika van melalui Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam, beberapa OKT (orang kena tuduh) berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van memberhentikan kenderaan itu bagi meleraikan pergaduhan tersebut.
“Ketika itulah salah seorang OKT melempar serbuk cili ke arah salah seorang anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan antara polis dan OKT.
“Pada masa yang sama, beberapa orang OKT bertindak menendang kesemua anggota polis berkenaan keluar dari kenderaan itu selain membelasah mereka di tepi jalan,” katanya.
Rahim berkata, OKT terbabit kemudiannya merampas kunci gari dari salah seorang anggota polis sebelum menaiki semula van dan melarikan diri bersama kenderaan itu.
Beliau berkata demikian semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini semalam ketika melawat keempat-empat mangsa berkenaan yang menerima rawatan.
Kejadian yang berlaku kira-kira dua kilometer dari Kompleks Mahkamah Butterworth itu bagaimanapun sempat dilihat oleh pengguna jalan raya yang kemudiannya memberikan bantuan kecemasan kepada anggota terbabit sebelum semuanya dihantar mendapatkan rawatan ke HSJ kemudiannya.
Menurut Abdul Rahim lagi, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, polis telah melancarkan gerakan mengesan van dan OKT yang terlibat.
“Tidak sampai 30 minit selepas operasi dilancarkan, pihak kita menemui semula van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.
“Semasa ditemui dua OKT masih berada di lokasi van itu dan tidak mengikuti tujuh rakan mereka yang dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan,” katanya.
Menurutnya, polis kini menjejaki Mohd Sharimy Md Nor, 28; Farid Akhtar 24; Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37; Hisham Abd Rahman, 39; Mohd Fairuz Adam, 31; dan Mohd Noor Mustafa, 28.
“Kita telah melancarkan gerakan mengesan kesemua OKT yang melarikan diri termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Tasek Gelugor.
“Kita juga minta kerjasama orang awam melaporkan kepada polis sekiranya mereka ternampak atau mengetahui lokasi OKT ini bersembunyi dan jangan mengambil tindakan sendiri atau cuba menahan kerana mereka merbahaya,” katanya.
Rahim menambah, keempat anggota polis berkenaan akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai dan Seksyen 224 kanun sama kerana membiarkan tahanan lari dari jagaan yang sah.
Manakala tujuh suspek terbabit dicari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan mencederakan.
Katanya, jika kelalaian menjadi puncanya hingga OKT terbabit berjaya meloloskan diri pihaknya akan mengambil tindakan ke atas empat anggota pengiring terbabit.


macik kata:
OKT=9 ORG (lelaki)
PEGAWAI IRING= 4 ORG JER?????
MEMANGLA CARI NAHAS!!!!! 

macik eskot pati pon reramai...huhu

6 Jan 2013

saya blogger dari negeri..

  
 
  encik sedara ...


 saya ialah blogger dari negeri PERAK..
tp yang asalnya
haruslah negeri kecintaan

JOHOR DARUL TAKZIM..yeewwww..

yg best pasal negeri perak sepeseli daerah majung ni sbb macik bole mkn
 UDANG LIPAN sekerap yg boleh..hehehe..
senang betol nk dpt kat sini

manakala..

yg best pasal Darul Takzim ialah
dapat makan BELANGKAS masak pedas sewenang2nye ..
xperlu nak berhempas pulas berpeluh ketiak nak carik menatang tu..

g je kota tinggi, da siap masak pon..tinggal ngap jer..
hauauauhauah..
 
nampak x entry ni berkaitan binatang eksotik??dan hampir pupus...maybe..hahaha
 
timekasih kat makbedjenel yg sudi mentuju dan mentag kan blog macik kat entry bliau....
 
 
 mehle join segmen ni...duedate yilekkks~~amma~~
 
 
# nk tag blogger johor :)

&

blogger Perak :)
 

5 Jan 2013

sambal totok

 

wah~~da lame macik xmkn sambal totok ni..
ni  mcm sambal belacan tp versi org jawa.. :)

Bahan-bahannya:
  •  Segenggam ikan bilis 
  • 10-15 tangkai cili padi kampung -potong 2(takut meletup2)
  • 3 biji cili merah
  • 1 biji bawang merah 
  • 1-5 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan 
  • Minyak utk menggoreng 
  • Garam & ajinomoto secukup rasa 
  • Limau kasturi -ikut suka
 
Caranya:
  1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat. 
  2. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. -Tumbuk kesemuanya.Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali. 
  3. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.
 SUMBER& KREDIT

udang ke lipan?

semalam macik g pasar malam manjung
punyerlah ramei umat disana
seb bek macik xkene hempap ngn makhluk2 itu..huhuhu
 
oh ye~macik beli udang lipan..
sapo pnh mkn?
sepinggn macik beli rm5
arini macik nkmasak lemak cili padi @ masak sambal jer,..
tibe2 tingin nk mkn..
pastu nk wat stim ikan..
da lamer tau macik xmasak...hehehehe
 
M.A.L.A.S
 
 
 
 
 
sapo ponah makan???//?

4 Jan 2013

alahai..sweetnye..

  sape layan dramA tv3 tu..
 SETIA HUJUNG NYAWA...
 adoiii~~feeling2 macik tgk citer ni..comey betei habi n wifey mue dlm citer tu 
si zain n ersalina

hikhikhik..
 
 satu lg macik suke tgk si zain tu senyum
oh mai~~~



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...