25 Dec 2012

tarik telinge~teknik didik anak..

 Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. 
Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk 
menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, 
adakah dia akan jadi 'terror' atau 'terrorist'?

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, 
arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. 
Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman,
 cara memberi hukuman dapat diterapkan.

Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, 
tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang 
pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah 
dapat menimbulkan impak yang negatif.

Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada
 anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini 
sebagaimana yang disarankan oleh 
Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
 

1. Pandangan mata yang sinis
 - Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat 
menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata 
yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam. 

2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) 
sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa 
yang telah dan akan dilakukannya. 

3. Puji orang lain depan dia, 
tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan 
mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. 
Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam 
rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, 
apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) 
sehingga si anak menyedari kesilapannya. 
Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.

5. Tidak bagi duit, 
tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal,
 bermain video game, menonton TV, berkunjung ke 
rumah teman, saudara atau seumpamanya.

6. Putuskan hubungan dengan anak
 tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali 
seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya. 

7. Beri ancaman 
dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga 
tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak 
mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

8. Memulas telinga. 


Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh 
Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, 
dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui 
Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata
 "Wahai penipu!"

9. Memukul sebagai alternatif terakhir. 

Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara 
mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika 
cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang 
belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari 
kesalahannya. 
Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, 
terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.
Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda 
Rasulullah S.A.W: Maksudnya:
 "Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka
 kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun." 
 
#lately macik suke sgt pulas tinge qaseh nur iman..

24 Dec 2012

aqua bb cream bio essence

 sblm ni macik cume gune fondesen maybeline jer..

pastu kdg2 gune plak dior plak..
*jrg2 gune..tkt cepat abes..sbb mahal nk belinyer..hihihihi




tp td maser blogjogging ader macik terbace...
adik ni gune produk bb cream bio essence ni..

cam best ..
nak beli..nak beli... (n_*)


sapo penah try??

rumah kedua.....HARAM




1] Kalau beli secara tunai hukumnya harus. Belilah rumah sepuluh buah pun kalau secara tunai maka jawapan nya harus.
2] Kalau beli secara hutang dan melibatkan riba .. hukumnya haram


beli rumah ini dah kira jatuh hukum daruriah tetapi perlu di ingatkan darurat ini dalam maksud rumah yang pertama dan bukan untuk rumah yang kedua."

 
"Kenapa perlu rumah kedua kalau ada niat sekadar untuk di sewakan dan bila cukup masa habis hutang akan di jadikan aset. Itu yang jatuh haram bila niat sudah tidak releven lagi." Tapi sheihk rumah ini untuk anak aku bila besar nanti".. katanya.. No way aku cakap... apa hal beli sekarang pulak? darurat ke dia hingga kena beli sekarang? kenapa akan datang rumah dah tak di buat lagi ke? Ngarut... jangan nak tipu Allah , dah bagi kelonggaran nak ambil kesempatan pulak"



Darurat =
 sesuatu jikalau tiada ada pada seseorang maka ia menjadi satu kemudaratan kepadanya contoh: makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kalau tak de makanan maka kita akan mati, kalau kita tiada pakaian maka bagaimana kita hendak beribadah serta menutup aurat kita dan jikalau tiada tempat penginapan bagaimana kita hendak beribadat serta membesarkan ahli keluarga kita. 

Hajiat @ keperluan = 
adalah seperti yang di beri contoh oleh ustaz tersebut ialah seperti kenderaan, keperluan memasak,peralatan rumah seperti katil, meja, perabut, peti ais, seterika, Tv, komputer, mesin basuh dan sebagainya. Menurut ustaz tersebut setelah segala tuntutan daruriat di penuhi maka bolehlah di teruskan dengan hajat-hajat yang lain, ini tidak di larang di dalam ajaran Islam. 

Tahsiniat [kemewahan ] 
inilah yang selalu menjadi kontroversi kata nya lagi.. memang nabi ada bersabda ”Kalaulah anak Adam memiliki 2 lembah emas sekalipun, nescaya dia akan mencari yang ketiga. Dan tidak akan tertutup mata anak Adam melainkan dengan tanah (mati)”. Contoh: kalaulah sudah memliki rumah teres tukar pula rumah banglo, kalaulah sudah memiliki Proton waja tukar pula ke BMW, kalaulah sudah ada handphone canggih tukar pula ke I-pod canggih, kalaulah sudah ada TV 29' tukar pula ke Plasma 50'. 




23 Dec 2012

breast pump..

  adoiiii....
pam apekah yg aku nak beli ni..??

aku camnak beli avent..
manual jer...
 
 
 
 
ni pon ader perasaan nk beli brand tommee tippie..
 

n

 
 
 madela....
 
 
konpiusla
 
 
saperbole bg idea yg terbaik?
 
 
 

22 Dec 2012

ngko ade??hihihih

 
 
 sape2 yg sporting dan bertekak tradisional..
sile wat hantaran gini..

gebu2 petai tersebut..
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...