



Rajasthan: Seorang bayi perempuan yang hidung dan bibirnya digigit bapanya yang mabuk apabila dia tidak berhenti menangis, meninggal dunia kelmarin.
Keadaan Radha yang beusia lima bulan semakin teruk lima hari selepas dia menjalani pembedahan mengubah semula wajahnya yang cacat di Hospital Kerajaan Sawai Man Singh di Jaipur, India. Kematiannya berlaku selepas dia disusukan ibunya apabila dia tersedak, menyebabkan susu itu masuk ke dalam paru-parunya. Bapa bayi itu, Bhadar Singh, buruh ladang dari kampung Siyana, Rajasthan berdepan dengan tuduhan membunuh. Singh, 36, bertindak kejam ke atas Radha pada 26 Januari lalu selepas pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan mendapati isterinya, Santosh dan kakaknya, Siroj memakai inai di tangan mereka.
Dia menyuruh isterinya berbuat sesuatu tetapi wanita terbabit enggan dan mengatakan dia perlu menunggu inainya kering.
Ia menyebabkan Singh berang dan mula mendera serta memukul Santosh. Anak perempuan sulung, Bhanwar Kanwar, tiga tahun mula menangis dan Singh turut melepaskan kemarahan ke atas kanak-kanak itu. Dia menggigit belakang tubuh, tangan dan anggota lain Bhanwar sebelum mencampakkan kanak-kanak itu ke tanah.
Bunyi bising berkenaan mengejutkan Radha yang tidur di bilik bersebelahan menyebabkan dia juga menangis sebelum menjadi mangsa bapanya.
Singh dikatakan menggigit hidung dan bibir Radha hingga menyebabkannya putus. Doktor berkata, Radha perlu menjalani pembedahan plastik secara lanjut agar dia boleh bercakap dan makan dengan normal. Dia dipindahkan ke Jaipur untuk rawatan pakar , tempat dia meninggal dunia semalam.
Singh ditahan mengikut akta jenayah kerana menyebabkan kecederaan parah dengan niat membahayakan. Dia berdepan hukuman penjara mulai dari 10 tahun hingga seumur hidup. Dakwaan terhadapnya dijangka akan diubah kepada tuduhan membunuh. Susulan daripada kejadian itu, isterinya diusir oleh ibu bapa Singh dari rumah mereka. - Daily Mail
Kuantan: Walaupun baru lima hari melayari bahtera rumah tangga, seorang suami, Shahrul Azmi Jainal terpaksa merelakan isterinya, Norfarida Norazman pergi mengadap Ilahi awal pagi semalam selepas menderita penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) yang menjejaskan sistem ketahanan badannya.
Menurutnya, dia tidak pernah menyesal mengambil Norfarida sebagai isteri walaupun mengetahui arwah menderita penyakit berkenaan.
Shahrul Azmi dan Norfarida, masing-masing berusia 24 tahun selamat diijabkabulkan pada 2 Februari lalu dan pada jam 6.20 pagi semalam, arwah isterinya menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Kuantan (KMC) di sini.
“Saya memang tahu arwah menghidap penyakit berkenaan, tetapi disebabkan perasaan cinta yang mendalam tetap mengahwininya dan sanggup menerimanya dalam keadaan itu.
“Cuma saya tidak sangka arwah pergi secepat ini sedangkan kami baru lima hari bergelar suami isteri,” katanya ditemui selepas pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Balok di sini, semalam.
HARGA RUMAH MAKIN NAIK DAN TERUS NAIK.. TAPI SAIZ RUMAH PLAK MAKIN KECIK..
Hukum Menjarakkan anak dalam islam?
Fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.
Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.
Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus.